realme C3 Sah Akan Dilancarkan Pada 6 Februari, Rekaan Sebenar Turut Didedahkan! Comments Off on realme C3 Sah Akan Dilancarkan Pada 6 Februari, Rekaan Sebenar Turut Didedahkan!

Kemunculan model realme C3 sudahpun kita ketahui kerana ia mula diperkatakan di Internet sejak awal tahun ini lagi. Namun begitu, buat masa ini rekaan dan juga spesifikasi peranti mampu milik keluaran realme ini masih lagi kekal misteri.

Ternyata segala teka-teki berhubung realme C3 akan terjawab selepas realme India dilaporkan sudah mula menghantar jemputan ke majlis pelancaran rasmi realme C3 yang sah akan diadakan pada 6 Februari, jam 12.30 tengahari waktu India.

Menariknya berdasarkan jemputan media itu, ia jelas mendedahkan rekaan sebenar realme C3 yang tampil dalam kerangka berwarna biru. Panel skrin peranti ini dilihat masih mengekalkan sokongan takuk kecil dengan saiz bezel bawah yang agak tebal, sama seperti model realme C2.

Namun begitu, rekaan panel belakangnya kini tampil lebih ringkas tetapi menarik dengan kehadiran modul dwi kamera yang disusun secara menegak. Malah kemasan corak potongan berlian pada realme C2 juga telah disingkirkan.

Bagi mengetahui spesifikasi penuh dan juga harga jualan untuk model realme C3, nantikan laporan daripada kami pada hari pelancarannya nanti.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend