realme C3 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio G70, Bateri 5000mAh Dan Skrin 6.5 Inci HD+ Comments Off on realme C3 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio G70, Bateri 5000mAh Dan Skrin 6.5 Inci HD+

Seperti yang dijadualkan sebelum ini, hari ini realme telahpun melancarkan telefon pintar bajet popular iaitu realme C3 untuk pasaran India. Apa yang menariknya, ia merupakan peranti pertama dikuasakan dengan cipset Helio G70 yang memfokuskan aspek permainan mudah alih.

Bersesuaian dengan slogannya iaitu ‘Entertainment Ka Superstar’ (Superstar of Entertainment), realme C3 menyokong paparan skrin IPS LCD sebesar 6.5 inci HD+ (720 x 1600 piksel) dengan nisbah paparan 20:9. Ia juga dioperasikan oleh realme UI berasaskan Android 10.

Selain menyokong cipset 12nm dan juga GPU ARM G52, realme C3 turut tersedia dengan kapasiti RAM LPDDR4x sehingga 4GB, dan juga ruang storan sehingga 64GB serta slot kad microSD.

Keupayaan penggambaran realme C3 dibantu oleh dwi kamera beresolusi 12MP (f/1.8) + 2MP (Depth, f/2.4). Manakala untuk kamera depannya pula dilengkapi dengan lensa kamera beresolusi 5MP yang memiliki ciri AI Beauty Selfie.

realme C3 yang dijana dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang boleh dicas menggunakan port microUSB yang tersedia dengan ciri reverse charging. Spesifikasi lain termasuklah dwi 4G VoLTE, WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, dan juga bicu audio 3.5mm.

Ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu merah dan biru, realme C3 varian 3GB + 32GB akan dijual pada harga INR6,999 (~RM405). Manakala varian 4GB + 64GB pula boleh dimilik pada harga INR7,999 (~RM463).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend