realme Buds Air Jawapan Kepada Apple AirPods, Akan Dilancarkan Di India Minggu Hadapan Comments Off on realme Buds Air Jawapan Kepada Apple AirPods, Akan Dilancarkan Di India Minggu Hadapan

Hujung minggu lalu realme telah mengacah yang mana mereka akan perkenalkan satu lagi produk terbaru dipercayai fon telinga TWS. Hari ini, produk tersebut telah diperkenalkan secara rasmi di India dan kemungkinan bakal dijual di sana mulai minggu hadapan.

Diberi nama realme Buds Air, ia merupakan fon telinga Bluetooth tanpa wayar sepenuhnya. Hadir dalam tiga pilihan warna hitam, kuning, dan putih, realme Buds Air dilengkapi pemacu 12mm untuk hasil bunyi bes yang mantap. Fon telinga ini juga menyokong Bluetooth 5.0 untuk sambungan yang lebih stabil dan kukuh.

Rekaan fon telinga ini menyerupai Apple AirPods tetapi dengan tangkai yang sedikit tebal. Bagaimanapun, pada badannya terdapat ciri sentuhan untuk membolehkan pengguna mengaktifkan Google Assistant ataupun mengawal muzik dan panggilan telefon.

Bercakap tentang tempat simpanannya, ia dibungkus bersama bateri tambahan untuk mengecas semula fon telinga malah pengguna boleh menambat sambungan Bluetooth pada telefon pintar hanya dengan membuka penutup tempat simpanan ini.

Melihat pada portfolio realme di Malaysia, berkemungkinan besar realme Buds Air akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada masa akan datang. Namun tiada pengumuman rasmi dari mereka setakat artikel ini ditulis atau berharap ia akan diumumkan dalam majlis pelancaran realme 5s Khamis ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend