realme Band Juga Rasmi – Jam Pintar Pertama realme Dengan Skrin Berwarna Comments Off on realme Band Juga Rasmi – Jam Pintar Pertama realme Dengan Skrin Berwarna

Bersama-sama pelancaran realme 6 dan realme 6 Pro, realme India turut memperkenalkan jam tangan pintar pertama syarikat yang dinamakan realme Band.

realme Band hadir dengan skrin 0.96-inci (2.4cm) berwarna yang menyokong fungsi sentuhan bagi memudahkan pengguna meneroka ciri-ciri yang dimuatkan.

Antara ciri menarik adalah pemantauan tidur dan degupan jantung masa-nyata, penjejakan langkah seperti berjalan dan berlari, muka jam boleh dikustomasi, sambungan kepada aplikasi pintar, notifikasi pintar (panggilan, Facebook, WhatsApp, Instagram, Messenger, Gmail, Twitter, TikTok, YouTube, dan SMS), serta sokongan kalis air dan debu IP68 yang membolehkan ia dibawa berenang bersama.

realme Band boleh dicas terus ke port USB-A tanpa adapter khas malah pengecasan penuh untuk 1 jam 47 minit mampu memberikan masa mengguna selama 10 hari.

Di India, realme menawarkan jam tangan pintar ini pada harga INR1499 atau sekitar RM85 selepas tukaran mata wang semasa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend