realme Akan Perkenal Fungsi Untuk Menutup Notifikasi Cadangan Aplikasi Atau Tema Pada ColorOS Comments Off on realme Akan Perkenal Fungsi Untuk Menutup Notifikasi Cadangan Aplikasi Atau Tema Pada ColorOS

Berbeza dengan platform iOS, Android merupakan sebuah platform terbuka yang membolehkan mana-mana pengeluar untuk tampil dengan sentuhan antaramuka masing-masing. Disebabkan oleh itu, ada di antara pengeluar telefon pintar dilihat telah mengambil kesempatan dengan menyelitkan iklan dan juga notifikasi promosi yang dilihat agak agresif.

Ruangan notifikasi pada peranti realme sering memaparkan notifikasi cadangan aplikasi atau tema yang sangat menjengkelkan. (kredit: XDA Developers)

Bagi memastikan ekosistem yang lebih baik menjelang tahun 2020 ini, realme melalui laman komuniti rasminya telah mengesahkan akan memperkenalkan butang khas yang boleh ditutup bagi memastikan tiada notifikasi cadangan aplikasi atau tema dipaparkan. Melalui penyediaan fungsi baharu ini, ruangan notifikasi pada peranti realme tidak lagi akan dipenuhi dengan notifikasi yang tidak diperlukan.

Untuk menutup notifikasi cadangan aplikasi atau tema, pengguna boleh mengakses Settings → Additional Settings → Get Recommendations. Buat masa ini masih belum diketahui bila kemas kini dengan fungsi baharu ini akan tersedia untuk dimuat turun pada peranti realme.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend