
Dalam usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar terus berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, realme Malaysia telah tampil dengan tiga lagi cabaran unik iaitu #NoodleforREAL, #SwagforREAL dan juga #FitforREAL.
Cabaran 1 – #NoodleforREAL
Rakyat Malaysia hanya perlu menunjukkan kemahiran memasak mee dalam gaya paling kreatif di rumah dan kongsikannya di Instagram dengan menyertakan tanda pagar #NoodleforREAL. 30 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi baucar GrabFood bernilai RM30.
- Tempoh cabaran: 25 Mac hingga 31 Mac 2020
Cabaran 2 – #SwagforREAL
Jadikan bahagian menarik di dalam rumah anda sebagai studio penggambaran dengan bergambar dalam cara yang paling kreatif dan cantik. Anda hanya perlu memuat naik gambar ke Instagram dengan tanda pagar #SwagforREAL. 30 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi baucar GrabFood bernilai RM30.
- Tempoh cabaran: 28 Mac hingga 1 April 2020
Cabaran 3 – #FitforREAL
Mengekalkan gaya hidup yang sihat sememangnya apabila berada di rumah, dan kini anda boleh kongsikan tips senaman ataupun kecergasan. Muat naik gambar di Instagram dengan tanda pagar #FitforREAL. 30 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi baucar GrabFood bernilai RM30.
- Tempoh cabaran: 30 Mac hingga 3 April 2020
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Instagram realme Malaysia di https://www.instagram.com/realmemalaysia/.