realme 6i Sah Hadir Dengan Helio G80, 5000mAh, Pengecasan 18W, USB Type-C Dan Kamera Depan 16MP Comments Off on realme 6i Sah Hadir Dengan Helio G80, 5000mAh, Pengecasan 18W, USB Type-C Dan Kamera Depan 16MP

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Mac 2020, realme sebelum ini telahpun mengesahkan sokongan kuad kamera beresolusi 48MP untuk model realme 6i.

Menariknya baru-baru ini lebih banyak spesifikasi asas realme 6i telah diumumkan secara rasmi sebelum dilancarkan secara rasmi. Berdasarkan imej acah yang dikongsikan, realme 6i akan dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio G80 (12nm) yang baru dilancarkan awal bulan yang lalu.

realme 6i juga disahkan akan hadir dengan sokongan bateri berkapasiti 5000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 18W yang mampu memendekkan masa pengecasan peranti ini.

Berbeza dengan realme 5i sebelum ini, realme 6i turut menyaksikan peningkatan resolusi kamera depannya yang kini hadir dengan lensa 16MP dan juga tersedia dengan sambungan USB Type-C.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend