realme 6i Kini Rasmi Dengan Helio G80, Skrin 6.5″ HD+, Kuad Kamera 48MP Dan Bateri 5000mAh Comments Off on realme 6i Kini Rasmi Dengan Helio G80, Skrin 6.5″ HD+, Kuad Kamera 48MP Dan Bateri 5000mAh

Pada awal Januari yang lalu, realme baru sahaja melancarkan model realme 5i termasuklah untuk pasaran tempatan. Kini selepas dua bulan, realme tampil pula dengan model terbaharunya iaitu realme 6i yang kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Myanmar.

realme 6i merupakan telefon pintar pertama di pasaran yang dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio G80 dengan sokongan GPU Mali G52. Dioperasikan dengan realme UI berasaskan Android 10, ia juga menampilkan RAM sehingga 4GB dan juga storan dalaman sehingga 128GB.

Dilengkapi skrin 6.5 inci HD+, realme 6i dilengkapi kamera depan 16MP (f/2.0), dan juga kuad kamera utama beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Portrait) + 2MP (Macro). Panel belakangnya turut menempatkan sensor pengimbas cap jari.

realme 6i dijana dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang boleh dicas dengan lebih cepat menggunakan teknologi pengecasan pantas 18W. Lebih menariknya, ia juga kini turut menyokong port USB Type-C.

Didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu White Milk dan Green Tea, realme 6i varian 3GB + 64GB dijual pada harga KS249,900 (~RM772). Manakala varian 4GB + 128GB berharga KS299,000 (~RM926). Harga berikut termasuk 5% cukai komersial yang dikenakan di Myanmar sejak Jun tahun lalu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend