realme 6i Dilancarkan Di Malaysia – Dijual Mulai 23 April Dengan Harga RM699 Dan RM899 Comments Off on realme 6i Dilancarkan Di Malaysia – Dijual Mulai 23 April Dengan Harga RM699 Dan RM899

realme Malaysia hari ini menerusi penstriman langsung di Facebook rasmi mereka telah memperlihatkan pelancaran peranti terbaru – realme 6i. Peranti itu akan mula dijual di Malaysia pada 23 April ini dengan harga kurang daripada RM900 untuk varian paling tinggi.

realme 6i ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu White Milk dan Green Tea. Anda boleh memilih sama ada mahukan memori 3GB+64GB atau 4GB+128GB dengan harga masing-masing RM699 dan RM899 seunit.

realme 6i varian asas akan dijual secara eksklusif di Shopee mulai 23 April 2020. Pembelian tepat pada jam 12 tengah malam akan membolehkan anda mendapatkannya pada harga hanya RM599 (diskaun RM100). Sementara untuk varian tinggi akan dijual di semua wakil penjual sah seluruh negara mulai 25 April 2020.

realme 6i hadir dengan cipset MediaTek Helio G80, skrin sebesar 6.5-inci HD+, kuadkamera dengan lensa utama 48MP, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W, serta dijalankan di atas sistem operasi realme UI berasaskan Android 10.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend