realme 6i Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 16 April 2020 Comments Off on realme 6i Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 16 April 2020

Melalui pengumuman yang telah dibuat melalui Facebook rasmi realme Malaysia, tarikh pelancaran realme 6i di negara ini telahpun didedahkan akan berlangsung pada 16 April 2020 (Khamis) bermula jam 8.30 malam.

Berkemungkinan besar realme Malaysia mungkin akan membawa masuk kedua-dua warna realme 6i untuk pasaran tempatan, apabila menyatakan bahawa kedua-dua warna Green Tea dan White Milk berjaya mendapatkan jumlah undian yang hampir sama.

realme 6i sebelum ini telah dilancarkan di India dengan sokongan cipset MediaTek G80, GPU Mali-G52, dioperasikan dengan realmi UI berasaskan Android 10 dan juga memori 4GB + 128GB.

Ia juga turut menyokong skrin 6.5 inci HD+, kamera depan 16MP, kuad kamera 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Portrait) + 2MP (Macro), dan juga bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W menggunakan port USB Type-C.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend