realme 6 Pro Dijangka Sokong Snapdragon 720G, Skrin 90Hz, Kamera 64MP Dan Pengecasan Pantas 30W Comments Off on realme 6 Pro Dijangka Sokong Snapdragon 720G, Skrin 90Hz, Kamera 64MP Dan Pengecasan Pantas 30W

Baru semalam realme India mengumumkan tarikh pelancaran realme 6 Pro yang dijadualkan akan berlangsung pada 5 Mac 2020 nanti. Sebagaimana yang kita ketahui, realme memfokuskan pada aspek kamera dan skrin pada siri realme 6 dengan penggunaan #ProCameraProDisplay.

Melalui ketirisan maklumat yang diperolehi, realme 6 Pro dilaporkan akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 720G. Ini sekaligus menjadikannya sebagai peranti terawal menyokong cipset yang baru dilancarkan pada awal tahun ini.

realme 6 Pro juga dipercayai akan menyokong dwi lubang kamera depan dengan penawaran lensa tambahan untuk mod penggambaran sudut luas. Manakala kuad kamera utamanya pula beresolusi 64MP dengan keupayaan zum sehingga 20x.

Paparan skrin FHD+ pada realme 6 Pro juga telah dipertingkatkan dengan kadar segar semula 90Hz, dan juga sokongan pengimbas cap jari terbina-dalam pada butang kuasa kerana ia dipercayai hadir dengan panel IPS LCD.

realme 6 Pro juga akan dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 30W, jauh lebih pantas berbanding hanya 20W pada model realme 5 Pro. Selain itu realme 6 Pro juga berkemungkinan akan menyokong panel belakang kaca dalam tiga warna pilihan iaitu biru, ungu dan jingga.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend