realme 6 Pro Berharga RM1399 Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 12 Mei 2020 Comments Off on realme 6 Pro Berharga RM1399 Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 12 Mei 2020

Penantian untuk menyaksikan realme 6 Pro di Malaysia kini sudahpun terjawab selepas peranti ini sudahpun dilancarkan secara rasmi hari ini. Ditawarkan pada harga RM1399, realme 6 Pro akan mula dijual bermula 16 Mei ini di semua pengedar realme yang sah di seluruh negara.

Lebih menariknya, anda boleh menjadi yang terawal memiliki realme 6 Pro melalui jualan pertama secara atas talian di Lazada pada 12 Mei 2020, bermula jam 12 tengah malam.

Setiap Pembelian realme 6 Pro akan turut jaminan waranti tambahan 1 tahun dan juga 7 unit Daily Casing Mood bernilai RM149 secara percuma.

Spesifikasi realme 6 Pro:

  • realme UI (Android 10)
  • Qualcomm Snapdragon 720G
  • 8GB (LPDDR4X) + 128GB (UFS 2.1)
  • 6.6 inci IPS LCD FHD+ (2400 x 1800 piksel)
  • 90Hz, Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera depan: 16MP (Sony IMX471, f/2.0) + 8MP (Ultra Wide, f/2.2)
  • Kamera utama: 64MP (Samsung GW1, f/1.8) + 8MP (Ultra Wide, f/2.3) + 12MP (Telephoto, 54mm, f/2.5) + 2MP (Macro, 4cm focus, f/2.4)
  • 4300mAh (30W Flash Charge)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.1, USB Type-C, Dual Frequency GPS
  • Speaker Dolby Atmos
  • Pilihan warna: Lightning Blue, Lightning Red
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend