realme 6 Dengan Helio G90T, Skrin 90Hz dan Pengecasan Pantas 30W Kini Rasmi – Harga RM999 Comments Off on realme 6 Dengan Helio G90T, Skrin 90Hz dan Pengecasan Pantas 30W Kini Rasmi – Harga RM999

Berbeza dengan pelancaran di India yang menampilkan dua model termasuk model Pro, pengguna di Malaysia buat masa ini akan hanya menerima kemasukan model realme 6 sahaja.

Melalui acara pelancaran yang diadakan secara penstriman langsung, realme Malaysia telah memperkenalkan realme 6 dalam satu varian sahaja iaitu 4GB (LPDDR4x) + 128GB (UFS 2.0).

realme 6 yang dikuasakan dengan cipset Helio G90T ini akan turut menampilkan skrin LCD berukuran 6.5 inci FHD+ dengan sokongan paparan 90Hz. Ia juga menawarkan lubang kamera depan pada skrin beresolusi 16MP (f/2.0).

Keupayaan kamera utamanya pula dilengkapi dengan kuad kamera beresolusi 64MP (Samsung ISOCELL GW1) + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (B&W) + 2MP (Macro).

Selain itu ia turut menyokong bateri berkapasiti 4300mAh dengan teknologi pengecasan pantas 30W. Menariknya, realme 6 juga kini telah menampilkan sokongan port USB Type-C, menggantikan port microUSB pada realme 5 sebelum ini.

realme 6 akan dalam dua warna pilihan iaitu Comet Blue dan Comet White. Ia akan dijual pada harga RM999, tetapi anda boleh memilikinya pada harga hanya RM799 sempena jualan ‘Crazy Brand Mega Offer’ di Lazada yang akan berlangsung pada 27 Mac 2020 (12am – 2am).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend