realme 5s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM799 Comments Off on realme 5s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM799

realme Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baharu untuk pasaran tempatan.

Dinamakan realme 5s, telefon ini seperti kita sedia maklum menawarkan spesifikasi lebih tinggi daripada realme 5 tetapi sedikit rendah berbanding realme 5 Pro.

Apa yang membolehkan anda membeli peranti ini adalah kapasiti memorinya yang cukup besar iaitu 4GB RAM dan 128GB storan.

Selain itu, bagi anda yang memfokuskan pada kamera, realme 5s memiliki sistem kuadkamera 48MP PowerHero dengan ciri Super Nightscape 2.0.

Paparan skrin menawarkan saiz 6.5-inci bersama bateri 5000mAh yang mana diperkasakan cipset Snapdragon 665 diikuti dua pilihan warna Crystal Blue dan Crystal Red.

Secara eksklusif, realme 5s akan mula dijual di pengedar sah realme seluruh negara bermula 14 Dis 2019, manakala pembelian secara dalam talian boleh didapati di Shopee bermula 19 Dis 2019 – percuma sarung realme 5s (5 unit) dan realme Buds 2.

Spesifikasi:

  • 6.5” HD+ IPS LCD
  • Corning Gorilla Glass 3+
  • Snapdragon 665
  • ColorOS 6 (berasaskan Android 9)
  • 4GB + 128GB
  • Kamera utama: 48MP+8MP+2MP+2MP
  • Kamera depan: 13MP
  • 5000mAh (pengecasan 10W)
  • Bluetooth 5.0, microUSB, radio FM, pengimbas cap jari
  • Crystal Blue / Crystal Red
  • RM799
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend