Realme 5s Diperkenalkan Di India, Kamera 48MP Dengan Kemasan Warna Baharu Comments Off on Realme 5s Diperkenalkan Di India, Kamera 48MP Dengan Kemasan Warna Baharu

Realme baru sahaja melancarkan Realme 5s untuk pasaran India. Realme 5s adalah model telefon pintar yang telah dipertingkatkan spesifikasinya,csekaligus meletakkan ia berada diantara Realme 5 dan Realme 5 Pro.

Kamera utama menawarkan sensor GM1 48MP berbanding 12MP pada Realme 5. Tiga kamera lain iaiatu 8MP ultralebar, 2MP makro, dan 2MP kedalaman merupakan sensor yang sama digunakan pada Realme 5 Pro.

Untuk membezakan Realme 5s, ia kini hadir dengan warna baharu yang dipanggil Crystal Red, versi gabungan warna antara ungu dan biru). Realme 5s menggunakan paparan skrin 6.5-inci HD+ dengan cipset Snapdragon 665, RAM sebesar 4GB, storan 64GB, atau sehingga 128GB. Melengkapkan peranti, telefon ini dikuaskan bateri berkapasiti 5000mAh.

Di India, telefon ini akan dijual mulai 29 November dengan tanda harga INR9999 (~RM580) atau varian atasan bernilai INR10999 (~RM638).

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend