realme 5s Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Ini Comments Off on realme 5s Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Ini

realme bakal mengakhiri tahun ini dengan satu lagi pelancaran telefon pintar baharu. Pada 12 Disember, Jumaat ini, kita bakal menyaksikan pelancaran realme 5s di Malaysia.

realme 5s merupakan peranti kelas pertengahan yang memiliki spesifikasi lebih tinggi daripada realme 5 tetapi tidak sebaik realme 5 Pro. Ia hadir dengan sensor kamera 48MP berbanding 12MP yang ada pada realme 5. Selain itu, realme 5s juga dilengkapi memori 4GB RAM dan 128GB storan.

Antara tiga model ini, realme 5s boleh dibezakan daripada segi warna luaran dan apa yang pasti, ia akan ditawarkan dalam pilihan warna baharu, Crystal Red. Kelengkapan lain masih lagi sama dengan realme 5 menerusi cipset Snapdragon 665, sistem operasi ColorOS 6 berasaskan Android Pie, paparan skrin 6.5-inci HD+, dan bateri 5000mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend