realme 5i Terjual 4000 Unit Seluruh Malaysia Sejak Kelmarin Comments Off on realme 5i Terjual 4000 Unit Seluruh Malaysia Sejak Kelmarin

realme 5i telah mula dijual di Malaysia pada hari Sabtu, 18 Jan yang lalu sebagai telefon kelas pertengahan terbaru daripada realme.

Harga yang mampu dimiliki membuatkan telefon ini kini telah terjual melebihi 4000 unit di seluruh negara sejak kelmarin. Pada harga RM599 seunit, pengguna akan menerima peranti dengan cip pemproses Snapdragon 665, bateri 5000mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 30 hari masa menunggu.

“Ini adalah jualan pembukaan yang hebat pada tahun 2020 untuk Malaysia. Melihat hasilnya, saya percaya model ini adalah majoriti rakyat Malaysia mahu.

Satu lagi perkara yang menjadikan ini sangat istimewa untuk kami adalah bagaimana kami menyambungkan produk ini dengan perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang melalui hadiah percuma untuk setiap pembelian.

Terima kasih kepada semua peminat realme kerana mempercayai jenama kami. Let Dare to Leap Together!” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend