Realme 5i Dilancarkan Di Vietnam, Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada 14 Januari Ini Comments Off on Realme 5i Dilancarkan Di Vietnam, Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada 14 Januari Ini

realme 5i kini diperkenalkan untuk pasaran Vietnam, menawarkan telefon pintar kelas pertengahan dengan sedikit perubahan pada spesifikasinya berbanding realme 5.

Apa yang membezakannya ialah realme 5i dilengkapi kamera depan 8MP berbanding 13MP, manakala kamera belakang dikekalkan melalui kuadkamera 12MP+8MP+2MP+2MP. Selain itu, realme 5i hadir dengan nisbah skrin-ke-kerangka yang lebih tinggi menerusi paparan 6.52-inci HD+.

realme tidak mendedahkan jenis perlindungan pada panel paparan, oleh itu tidak dapat dipastikan adakah ia dilengkapi Corning Gorilla Glass generasi 3+ ataupun terdahulu. Walaupun begitu, ia masih menggunakan cip pemproses yang sama iaitu Snapdragon 665 bersama memori 3GB RAM dan 32GB storan. Tiada varian lain dikeluarkan.

realme 5i dikuasakan sistem operasi ColorOS 6.1 berasaskan Android Pie yang dijangka akan menerima Android 10 pada tahun ini. Peranti turut dijana bateri 5000mAh serta dibungkus dengan kerangka logam sama ada warna biru ataupun hijau.

realme 5i dijual di Vietnam dengan harga VND3,700,000 (~RM653) sebuah dan ia dijadualkan tiba ke Malaysia pada 14 Januari ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend