Realme 5 Pro Dengan Kuad Kamera 48MP Sah Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 3 Oktober 2019 Comments Off on Realme 5 Pro Dengan Kuad Kamera 48MP Sah Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 3 Oktober 2019 369

[Kemas kini artikel: melalui maklumat yang kami perolehi, Realme Malaysia akan turut melancarkan Realme 5 bersama-sama dengan Realme 5 Pro pada 3 Oktober 2019 nanti.]

Berbeza dengan peranti mercu yang mengambil masa sekitar satu tahun sebelum digantikan dengan model baharu, peranti kelas pertengahan pula kebiasaannya mengambil masa hanya enam bulan sahaja. Jika sebelum ini model Realme 3 Pro telah dilancarkan secara rasmi pada April yang lalu, ternyata bulan Oktober nanti sudah cukup enam bulan ia telah diperkenalkan di pasaran.

Seperti yang dijangka, Realme baru-baru ini telah mula mengesahkan tarikh pelancaran model terbaharunya iaitu Realme 5 Pro yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2019 nanti. Tarikh pelancaran rasmi untuk pasaran tempatan ini telah didedahkan sendiri oleh Realme melalui platform Lazada.

Apa yang menariknya, Realme Official Store di Lazada akan turut menganjurkan tawaran RM0.99 untuk tiga peringkat berbeza iaitu pada 4 Oktober 2019 (12pm), 6 November 2019 (12pm) dan 1 Januari 2020 (12pm). Bagi tempoh yang ditetapkan, Realme akan menawarkan Realme C2, Realme earbuds, aksesori Realme dan juga Realme 5 pada harga hanya RM0.99 apabila sasaran pengikut di Lazada berjaya dicapai.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend