realme 5 Pro Berwarna Chroma White Akan Dijual Di Malaysia Mulai 4 Februari Comments Off on realme 5 Pro Berwarna Chroma White Akan Dijual Di Malaysia Mulai 4 Februari

Hanya 500 unit sahaja realme 5 Pro Valentines Edition akan dijual di Malaysia bermula awal bulan hadapan. Warna baharu ini ditawarkan hanya untuk masa terhad memandangkan unit yang dibekalkan juga tidak banyak.

Peranti ini mula dijual pada 4 Februari (12 tengah malam) melalui dalam talian di Shopee pada harga RM999 sebuah.

realme 5 Pro Chroma White hadir dengan permukaan panel belakang licin dengan efek warna mutiara yang mana mirip seperti realme XT Pearl White.

Jika anda bertanyakan tentang spesifikasi, semuanya masih sama dengan cipset Snapdragon 712, memori 8GB RAM, dan 128GB storan yang boleh diperluaskan menerusi kad microSD.

Aspek luaran juga dikekalkan seperti penggunaan kuadkamera belakang 48MP+8MP+2MP+2MP dengan padanan skrin LCD 6.3-inci FHD+ yang kesemuanya pada badan plastik seberat 184 gram.

Baca juga:

[Ulasan] realme 5 Pro, Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pertama Daripada realme

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend