realme 5 Pro Berharga RM1,099 Dilaporkan Sudah Habis Terjual Pada Hari Pertama Jualannya Comments Off on realme 5 Pro Berharga RM1,099 Dilaporkan Sudah Habis Terjual Pada Hari Pertama Jualannya 290

realme 5 Pro sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi di negara ini, serentak dengan model realme 5 yang disasarkan untuk segmen pasaran kelas pertengahan. Dijual secara rasmi di pasaran bermula semalam (12 Oktober 2019), realme 5 Pro dengan harga jualan RM1099 dilaporkan telah habis dijual pada hari pertama jualannya.

Sekitar hari pertama jualan realme 5 Pro di beberapa lokasi berbeza di Malaysia:

This slideshow requires JavaScript.

Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, realme 5 Pro telah habis terjual dalam tempoh 24 jam dan mereka sangat berterima kasih kepada peminat realme yang kini telah menjadi salah seorang daripada pemilik realme 5 Pro. Tambahnya lagi, realme akan terus menawarkan teknologi dan juga produk yang lebih baik di negara ini.

realme 5 Pro ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Sparkling Blue dan Crystal Green.

realme 5 Pro yang dikuasakan dengan cipset Snapdragon 712 AIE telah menampilkan konfigurasi memori yang besar iaitu RAM berkapasiti 8GB, dan juga ruang storan sebesar 128GB. Malah ia turut menjanjikan pengalaman penggambaran kuad kamera 48MP daripada Sony IMX586, dan juga teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0 dengan output 20W.

Tonton video buka kotak realme 5 Pro:

Baca juga:

[Ulasan] realme 5 Pro, Telefon Pintar Dengan Sokongan Empat Kamera Pertama Daripada realme

realme 5 Dan realme 5 Pro Dengan Kuad Kamera Rasmi Pada Harga Bermula Daripada RM599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend