Realme 3 Pro Terima Kemas Kini Terbaru Dengan Rakaman Gerak Perlahan 240fps, Sistem Navigasi Baharu, Dan Banyak Lagi Comments Off on Realme 3 Pro Terima Kemas Kini Terbaru Dengan Rakaman Gerak Perlahan 240fps, Sistem Navigasi Baharu, Dan Banyak Lagi 416

Realme 3 Pro merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang memiliki spesifikasi menarik dengan tanda harga berpatutan. Peranti ini hadir dengan sistem operasi Color OS 6 berasaskan Android Pie terus dari kotak. Boleh dikatakan hampir setiap bulan Realme melepaskan kemas kini bagi memastikan pengguna berasa dihargai menggunakan peranti ini.

Perisian terbaru dilaporkan telah diterima oleh segelintir pengguna. Ia membawakan sejumlah fungsi terbaru seperti:

  • Sistem
    • Tampalan kesematan: Jun 2019
    • Menambah ciri leretan gesture pada mod navigasi
    • Menambah fungsi Lock screen magazine (negara tertentu)
    • Menambah fungsi Realme acoount (negara tertentu)
    • Membaiki pepijat
  • Aplikasi
    • Menambah App market (negara tertentu)
    • Menambah Theme store (negara tertentu)
    • Menambah Game center (negara tertentu)
  • Kamera
    • Menambah fungsi rakaman gerak perlahan 240fps

Dengan kemas kini ini, pengguna boleh memuat turun pelbagai tema termasuk wallpaper, pek ikon, malah gesture nyahkunci yang berlainan di Theme Store selain mendapatkan aplikasi permainan di Game Centre.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend