Realme 3 Pro Dilancarkan Dengan Sokongan Snapdragon 710, Bateri 4045 mAh dan HyperBoost 2.0 Comments Off on Realme 3 Pro Dilancarkan Dengan Sokongan Snapdragon 710, Bateri 4045 mAh dan HyperBoost 2.0

Sebagaimana yang telah kami kongsikan pada minggu lepas, Realme 3 Pro akhirnya telahpun dilancarkan secara rasmi di India hari ini, dan ia merupakan telefon pintar terbaik ditawarkan oleh Realme buat masa ini.

Realme 3 Pro menyokong paparan skrin IPS LCD berukuran 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan rekaan takuk kecil, dan juga saiz bezel lebih kecil. Paparan skrin dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 90.8% ini turut menjanjikan ketahanan lebih baik dengan panel Corning Gorilla Glass 5.

Sokongan HyperBoost 2.0 menjanjikan pengalaman gaming yang lebih lancar dan berprestasi berbanding pesaingnya yang lain.

Dari segi prestasi pula, Realme 3 Pro telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 710 AIE berasaskan proses 10nm, dan juga GPU Adreno 616 yang menyokong Vulkan API untuk grafik lebih baik. Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi HyperBoost 2.0 yang merangkumi SystemBoost, AppBoost, dan juga GameBoost 2.0 yang kini tersedia dengan ciri baharu iaitu TouchBoost dan FrameBoost untuk pengalaman permainan terbaik.

Realme 3 Pro dengan sokongan VOOC 3.0 menjanjikan masa mengecas paling pantas dalam kelasnya. Bahkan palam kuasa didatangkan sekali dalam kotak pembelian.

Ketahanan bateri Realme 3 Pro pula dibantu dengan sokongan bateri berkapasiti 4045 mAh yang menjanjikan penjimatan lebih baik melalui sokongan ‘CABC Mode’ (Content Adaptive Brightness Control). Malah ia juga memastikan masa mengecas yang jauh lebih pantas dengan teknologi VOOC Flash Charge 3.0 (tersedia dalam kotak) melalui sokongan port microUSB.

Kamera utama mampu mengambil gambar beresolusi ’64MP Ultra HD Mode’ yang menjanjikan kualiti imej yang lebih baik.

Aspek penggambarannya pula tersedia dengan dwi kamera beresolusi 16MP (f/1.7, 1.22μm) daripada Sony IMX519, dan juga lensa kedua beresolusi 5MP (f/2.4, Spectra 250 ISP). Selain itu ia turut menyokong ciri auto fokus pantas menggunakan teknologi Dual Pixel Focusing, dan juga rakaman video gerak perlahan 960fps. Manakala untuk kamera swafoto pula ia menyokong lensa 25MP (f/2.0, 1.8μm).

Realme 3 Pro hadir dalam tiga warna pilihan iaitu Nitro Blue, Lightning Purple dan juga Carbon Grey. Ia akan dijual dalam dua varian iaitu 4GB + 64GB pada harga Rs.13,999 (kira-kira RM832), dan juga 6GB + 128GB dengan harga jualan Rs.16,999 (kira-kira RM1,010).

Ciri-ciri menarik yang disokong oleh Realme 3 Pro.

Baca juga:

Realme C2 Turut Dilancarkan Dengan Helio P22, Dwi Kamera, Bateri 4000 mAh dan Tiga Slot Kad

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend