Realme 3 Pro Dengan Pengecasan Pantas Mungkin Akan Dilancarkan Bersama Realme 3 Pada 4 Mac Comments Off on Realme 3 Pro Dengan Pengecasan Pantas Mungkin Akan Dilancarkan Bersama Realme 3 Pada 4 Mac

Realme sebelum ini sering berkongsi pelbagai imej acah Realme 3 di Internet dan setakat yang diketahui, model ini akan menyokong pemproses MediaTek Helio P70 yang dikatakan lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Qualcomm Snapdragon 660. Bahkan Realme 3 juga dilihat hadir dalam rekaan panel belakang dengan efek metalik yang menarik.

Baru-baru ini Realme dilihat telah mendedahkan satu lagi video acah yang memperlihatkan simbolik kepada teknologi pengecasan pantas melalui penggunaan imej kilat di dalam video tersebut. Tidak cukup dengan itu, di saat akhir video itu juga turut memfokuskan perkataan ‘Be Proactive’ dengan perkataan ‘Pro’ telah ditebalkan dalam warna kuning.

Ini berkemungkinan merujuk kepada kehadiran Realme 3 Pro dengan keupayaan pengecasan pantas yang akan dilancarkan serentak dengan model Realme 3 pada 4 Mac nanti.

Baca juga:

Realme 3 Disahkan Sokong Cipset Helio P70 Dan Dijangka Akan Dilancarkan Mac Nanti

Ketirisan Gambar Realme 3 Memperlihatkan Rekaan Takuk Kecil Dan Juga Skor AnTuTu

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend