Realme 3 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 Mei Comments Off on Realme 3 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 Mei

Realme Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru iaitu Realme 3 Pro di negara ini pada 14 Mei 2019. Seperti yang anda tahu, telefon pintar ini merupakan versi yang lebih tinggi berbanding Realme 3 yang telah dilancarkan di Malaysia pada bulan lalu.

Realme 3 Pro hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan atas yang mana peranti ini dilengkapi skrin 6.3-inci FHD+ dengan rekaan takuk kecil, dan juga saiz bezel yang lebih kecil berbanding Realme 3. Paparan ini turut diperkukuhkan dengan panel Corning Gorilla Glass 5.

Kuasa dalaman pula, Realme 3 Pro diperkasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 710, memori 6GB RAM, dan 128GB keluasan storan. Bateri yang dimuatkan adalah sebesar 4,045mAh yang mana menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 (20W).

Mod Nightscape pada Realme 3 Pro

Pada sudut lensa, ia menggunakan dwi-kamera belakang 16MP f/1.7 dan 5MP f/2.4, menawarkan ciri penggambaran malam yang dipanggil Nightscape. Kamera depan pula hadir dengan sensor 25MP dan seperti peranti lain, kedua-dua kamera depan dan belakang ini dibantu oleh teknologi AI.

Daripada segi harga, Pihak Realme akan mengumumkannya pada majlis pelancaran yang akan datang. Di India, ia dijual pada harga Rs.16,999 atau lebih kurang RM1,006 untuk versi 6GB+128GB.

Baca juga:

Realme 3 Pro Dilancarkan Dengan Sokongan Snapdragon 710, Bateri 4045 mAh dan HyperBoost 2.0

Hasil Gambar Malam Menggunakan Realme 3 Pro Dengan Sensor Sony IMX519 Dikongsikan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend