Realme 3 Dengan Skrin 6.2 Inci HD+, Android Pie Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Realme 3 Dengan Skrin 6.2 Inci HD+, Android Pie Dan Bateri 4230 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Akhirnya penantian tentang kemunculan Realme 3 di pasaran telah berakhir hari ini selepas model ini telah dilancarkan secara rasmi di India. Apa yang pasti penawaran Realme 3 sudah tentunya mampu memberi saingan dalam segmen telefon pintar mampu milik di pasaran kelak.

Realme 3 telah dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P70, dan ia dioperasikan dengan ColorOS 6 berasaskan Android Pie yang kini tampil dengan antaramuka yang lebih menjurus kepada antaramuka Android asli. Model terbaharu daripada Realme ini turut dilengkapi dengan skrin HD+ (1520 x 720 piksel) berukuran 6.2 inci serta rekaan takuk kecil yang menempatkan kamera swafoto 13MP.

Penggambaran kamera utamanya pula tersedia dengan dwi lensa beresolusi 13MP (f/1.8) + 2MP, dan ia turut dilengkapi dengan ciri Nightscape untuk penggambaran malam dan juga Chroma Boost yang berupaya menjanjikan fungsi HDR yang lebih baik. Lebih menariknya, Realme 3 menawarkan tiga slot berasingan untuk sokongan dua slot kad SIM dan satu slot kad microSD.

Realme 3 yang memiliki bateri berkapasiti 4230 mAh (port microUSB) ini tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Dynamic Black, Radient Blue dan juga Black. Varian 3GB + 32GB akan dijual pada harga Rs.8,999 (kira-kira RM517), manakala varian 4GB + 64GB pula boleh dimiliki pada harga Rs.10,999 (kira-kira RM632).

Di dalam majlis pelancaran ini juga, Realme turut mengesahkan kewujudan model Realme 3 Pro yang menjanjikan spesifikasi yang lebih baik berbanding Redmi Note 7, dan ia akan dilancarkan secara rasmi pada April 2019 nanti.

Baca juga:

Realme 3 Pro Dengan Pengecasan Pantas Mungkin Akan Dilancarkan Bersama Realme 3 Pada 4 Mac

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend