Realme 2 Pro Dipercayai Menyokong Qualcomm Snapdragon 660, RAM 8GB Dan ROM 128GB Comments Off on Realme 2 Pro Dipercayai Menyokong Qualcomm Snapdragon 660, RAM 8GB Dan ROM 128GB

Model Realme 2 telahpun dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan lepas dengan menampilkan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, dengan penawaran konfigurasi memori sehingga 4GB + 128GB. Sebagaimana yang telah dikongsikan, model peningkatan Realme 2 Pro pula telah disahkan akan dilancarkan di India pada 27 September ini.

Jika sebelum ini tiada maklumat berhubung spesifikasi Realme 2 Pro didedahkan, nampaknya hari ini ada berita baik apabila ada pihak telah berkongsi spesifikasi awal model terbaharu dari Realme ini. Melalui ketirisan gambar di Internet, Realme 2 Pro dipercayai akan dikuasakan dengan pemproses lebih berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon 660.

Perkongsian itu juga turut mengesahkan kemunculan varian tertinggi dengan sokongan RAM 8GB dan juga ROM mencecah sehingga 128GB. Realme 2 Pro juga dikatakan akan turut ditawarkan dalam varian RAM 6GB yang dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo. Berdasarkan imej itu juga, ia akan ditawarkan dalam warna biru dengan kemasan panel belakang kaca tanpa sentuhan corak seperti potongan berlian.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend