Razer Pay Dilancarkan Di Malaysia Menawarkan Aplikasi e-Dompet Pelbagai Guna Comments Off on Razer Pay Dilancarkan Di Malaysia Menawarkan Aplikasi e-Dompet Pelbagai Guna

Razer yang terkenal dengan produk-produk komputer gaming hari ini tampil dengan kelainan apabila mereka melancarkan sebuah aplikasi e-dompet pelbagai guna untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Melalui kerjasama dengan syarikat besar tempatan, Berjaya Corperation Berhad, Razer Pay berfungsi sebagai dompet digital yang membolehkan anda membayar, menerima, memindah duit dengan hanya menggunakan peranti pintar.

Razer Pay boleh ditambah nilai di kesemua rangkaian kedai 7-Eleven seluruh Malaysia pada bila-bila masa. Menariknya, anda juga boleh memasukkan duit ke dalam aplikasi ini hanya dengan membuat pemindahan wang menerusi akaun bank seperti Ambank, Bank Islam, CIMB, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank, dan RHB Bank – begitu juga sebaliknya.

Sebaik akaun Razer Pay sudah dikreditkan, ia boleh digunakan untuk membeli perkhidmatan servis zGold MOLPoints, Steam Wallet, Sony Playstation, Spotify, iflix, Astro NJOI, dan bermacam lagi. Bagi pengguna prabayar U Mobile, Digi, Maxis, dan Celcom anda juga boleh menambah nilai terus menggunakan Razer Pay (selagi akaun mencukupi).

Selain itu, anda juga boleh gunakan Razer Pay untuk membuat pembayaran di lebih 6,000 kedai di seluruh Malaysia antaranya 7-Eleven, Starbucks, Singer, Cosway, Greyhound Cafe, Wendy’s, Kenny Rogers, Krispy Kreme, 99 Speedmart, Tealive, Thundermatch, Sweet Hut, dan banyak lagi. Pada masa akan datang, Razer Pay juga akan menawarkan lebih banyak servis pembayaran dalam sektor makanan dan minuman (F&B), pelancongan, kesihatan, dan gaya hidup.

Dalam kesempatan itu, Berjaya Corperation juga turut mengumumkan syarikat tersebut telah menderma sebanyak RM5 juta kedalam Tabung Harapan Malaysia dan kesempatan ini juga dilanjutkan kepada pengguna Razer Pay. Sebanyak RM10 untuk mana-mana transaksi pertama dibawah rangkaian Berjaya akan disumbangkan kedalam Tabung Harapan Malaysia.

Dalam menyambut Razer Pay di Malaysia, setiap pendaftaran akaun Razer Pay akan menerima kredit sebanyak RM10 dan ia boleh terus digunakan pada bila-bila masa. Tawaran ini boleh dinikmati bermula 4 Julai sehingga 30 Ogos 2018.

Muat turun Razer Pay di Google Play Store

Muat turun Razer Pay di Apple App Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend