Razer Nari Ultimate Diperkenalkan Dengan Sokongan Teknologi Haptik Daripada Razer HyperSense Comments Off on Razer Nari Ultimate Diperkenalkan Dengan Sokongan Teknologi Haptik Daripada Razer HyperSense

Razer sememangnya terkenal dengan produk yang menjanjikan pengalaman gaming yang jauh lebih hebat, dan baru-baru ini Razer telah muncul pula dengan aksesori fon kepala terbaharu keluarannya iaitu Razer Nari Ultimate.

Razer Nari Ultimate bukan sahaja mampu menghasilkan kualiti audio berprestasi tinggi, malah pengalaman gaming akan terasa jauh lebih realistik dengan efek gegaran yang dihasilkan daripada teknologi haptik daripada Razer HyperSense. Sebagai contoh, anda boleh merasai sendiri deruman enjin kapal terbang dan juga hentakan daripada senjata apabila anda menembak.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi bunyi keliling hasil sentuhan teknologi THX Spatial Audio, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman ketika bermain. Isu tidak selesa apabila memakai fon kepala untuk tempoh masa yang panjang juga tidak akan berlaku pada Razer Nari Ultimate kerana pad telinganya diperbuat daripada Cooling Gel-Infused Cushions yang mampu mengurangkan penghasilan haba ketika dipakai.

Razer Nari Ultimate kini sudah mula dijual pada harga USD199.99 (kira-kira RM828) melalui laman rasmi www.razer.com

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend