Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Akan Dibuka Pada 11 Hingga 31 Mei 2020 Comments Off on Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Akan Dibuka Pada 11 Hingga 31 Mei 2020

Setakat ini seramai 10.6 juta permohonan Bantuan Prihatian Nasional (BPN) telahpun diluluskan dan melibatkan bayaran berjumlah RM11 bilion. Bahkan semalam sahaja, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta lagi permohonan BPN, termasuk permohonan dan rayuan yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 bilion.

Namun disebabkan pihak Kementerian Kewangan Malaysia masih lagi menerima aduan daripada pemohon yang gagal menerima bayaran atas pelbagai sebab, rayuan BPN kini akan dibuka pada 11 hingga 31 Mei 2020 untuk dipertimbangkan semula.

Bagi pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini, rayuan untuk pertimbangan semula boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain, termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.

Rayuan boleh dibuat melalui emel kepada LHDNM ([email protected]) atau hadir di mana-mana pejabat LHDNM yang akan dibuka bermula 11 Mei 2020 atau 12 Mei 2020 (berdasarkan hari bekerja di setiap negeri).

Untuk maklumat lanjut berkaitan BPN, anda boleh layari portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my.

sumber: Twitter/MOFmalaysia

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend