Rating Foodpanda Naik Semula Kepada 3.1 Bintang, Komen-komen Murni Turut Diberikan Comments Off on Rating Foodpanda Naik Semula Kepada 3.1 Bintang, Komen-komen Murni Turut Diberikan 320

Isu antara rider Foodpanda dengan pihak pengurusan syarikat Foodpanda nampaknya masih belum bertemu titik noktah. Kempen boikot dengan meninggalkan rating 1 bintang serta membuang aplikasi telah dilakukan oleh orang ramai.

Tindakan ini secara tidak langsung telah memberi kesan buruk kepada Foodpanda dan sejak dari itu rating mereka telah menurun kepada 1.1 bintang daripada 4.4 bintang sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kejutan telah berlaku hari ini apabila rating Foodpanda di Google Play Store telah kembali meningkat. Sehingga tinjauan sebentar tadi, Foodpanda telah memperoleh rating 3.1 bintang dengan tinggalan komen yang baik-baik sahaja.

Ajaibnya rating ini telah meningkat secara mendadak sejak hujung minggu lalu. Adakah ia ‘dibayar’? Kami sendiri tidak pasti.

Baca juga:

foodpanda Umum Skim Pembayaran Baharu Untuk ‘Rider’ Bermula 30 September 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend