Rasmi: HUAWEI Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan EMUI 9.1 Untuk Semua Peranti Comments Off on Rasmi: HUAWEI Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan EMUI 9.1 Untuk Semua Peranti 372

Rasanya ramai pengguna HUAWEI yang sudah didedahkan dengan fungsi terbaru dalam EMUI 9.1. Terkini, HUAWEI Malaysia telah mengesahkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini terbaru sistem operasi EMUI 9.1 berasaskan Android Pie.

Bagi pengguna HUAWEI Nova 3e dan Y9 2019, mereka akan menerimanya mulai 12 Jun 2019, sementara pengguna siri HUAWEI Mate 20 boleh menikmatinya lebih awal bermula hari ini, 27 Jun 2019. Ketersediaan EMUI 9.1 akan dilepaskan kepada pengguna peranti HUAWEI selebihnya pada bulan berikut iaitu Julai dan Ogos 2019.

Ciri tersedia untuk semua peranti:

  • Nada dering video dan GPU Turbo 3.0

Ciri tersedia untuk peranti terpilih:

  • HUAWEI Share OneHop: siri Mate dan P
  • Moon Mode: Mate 20 Pro dan Mate 20X
  • HUAWEI Vlog: siri Mate, siri P, Nova 4, dan Nova 3
  • EROFS: semua siri kecuali Y9 2018 dan Nova 3e

Baca juga:

Apa Keistimewaan EMUI 9.1 Berbanding Versi EMUI Sebelum Ini?!

[Tips] Muat Turun Kemas Kini EMUI 9.1 Pada Peranti Huawei Dan Honor Menggunakan Aplikasi HiCare

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend