Rakyat Malaysia Boleh Menebus eTunai Rakyat Bernilai RM30 Bermula 8 Pagi Esok Comments Off on Rakyat Malaysia Boleh Menebus eTunai Rakyat Bernilai RM30 Bermula 8 Pagi Esok

Pada pertengahan Disember 2019 yang lepas, Menteri Kewangan Malaysia telahpun mengumumkan pelaksanaan eTunai Rakyat berjumlah RM450 juta untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Inisiatif Belanjawan 2020 ini telah diumumkan oleh kerajaan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia.

Bermula jam 8 pagi pada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020, rakyat Malaysia boleh menebus wang eTunai Rakyat bernilai RM30 daripada mana-mana tiga aplikasi eDompet terpilih iaitu Grab, Boost dan juga Touch ‘n Go. Walau bagaimanapun, RM30 ini boleh ditebus sekali sahaja ke dalam akaun eDompet individu.

Bagi memastikan anda layak untuk menebus eTunai Rakyat, anda perlu mendaftar masuk ke salah satu daripada aplikasi eDompet yang terpilih, dan akaun tersebut perlu disahkan terlebih dahulu.

Baca juga:

eTunai Rakyat Sebanyak RM450j Dengan RM30 Setiap Seorang Bakal Dilancarkan Pada Januari 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend