Quick Charge 5.0 Akan Menyokong Pengecasan Pantas 32W Serta Pengecasan Tanpa Wayar 15W Comments Off on Quick Charge 5.0 Akan Menyokong Pengecasan Pantas 32W Serta Pengecasan Tanpa Wayar 15W

Baru semalam kami berkongsi artikel berkaitan teknologi pengecasan pantas Quick Charge, dan Qualcomm nampaknya telah mengumumkan bahawa mereka kini sedang membangunkan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 5.0 bersempena persidangan Qualcomm 4G/5G Summit yang berlangsung di Hong Kong.

Menurut Qualcomm, generasi baharu teknologi pengecasan pantas keluarannya itu dikatakan mampu menyokong output pengecasan maksimum sehingga 32W. Ia juga dilaporkan akan menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas dengan output maksimum 15W, sama seperti yang disokong oleh Huawei Mate 20 Pro.

Quick Charge 5.0 dikhabarkan akan hadir dengan peranti yang dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 855 (atau mungkin dikenali sebagai 8150), menjelang penghujung tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend