Qualcomm Umum Snapdragon 675 Berasaskan 11nm Dengan Teras Cortex-A76 Untuk Kelancaran Permainan Comments Off on Qualcomm Umum Snapdragon 675 Berasaskan 11nm Dengan Teras Cortex-A76 Untuk Kelancaran Permainan

Baru sahaja Qualcomm mengumumkan kemunculan pemproses kelas pertengahannya iaitu Snapdragon 670 berasaskan fabrikasi semikonduktor 10nm pada awal Ogos yang lalu. Hari ini Qualcomm telah memperkenalkan pula Snapdragon 675 yang dikatakan mampu menjanjikan peningkatan terhadap aktiviti permainan, penggambaran dan juga ciri AI pada telefon pintar kelas pertengahan.

Snapdragon 670 telah dibangunkan berasaskan fabrikasi semikonduktor 11nm LPP dan ia merupakan pemproses kelas pertengahan yang pertama daripada Qualcomm hadir dengan sokongan teras Cortex-A76. Sebagai rujukan anda, pemproses flagship Qualcomm iaitu Snapdragon 845 menggunakan teras Cortex-A75.

Memiliki keseluruhan lapan teras (octa core), Snapdragon 675 menyokong dua teras prestasi tinggi Cortex-A76 berkelajuan 2.0 GHz, dan  enam teras efisien tenaga Cortex-A55 dengan kelajuan 1.78 GHz. Cipset ini juga telah dikuasakan dengan GPU Adreno 612 dengan sokongan OpenGL ES 3.2, Open CL 2.0, Vulkan dan juga DirectX 12.

Jika dibandingkan dengan Snapdragon 670 yang berasaskan 10nm LPP, Snapdragon 675 ini menjanjikan pengoperasian permainan 30% lebih pantas, dan juga pengoperasian aplikasi laman sosial 15% lebih cepat. Malah ia juga berupaya menyokong konfigurasi tiga kamera dengan sokongan pemproses isyarat imej yang baharu, teknologi Quick Charge 4+, enjin AI yang lebih laju, dan juga penambahbaikan permainan mirip seperti Huawei GPU Turbo.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 675 dikatakan akan mula diperkenalkan pada telefon pintar bermula suku pertama tahun 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend