Qualcomm Umum Cipset Snapdragon 855 Plus Dengan Penambahbaikan Prestasi GPU Dan CPU Comments Off on Qualcomm Umum Cipset Snapdragon 855 Plus Dengan Penambahbaikan Prestasi GPU Dan CPU 229

Qualcomm baru-baru ini telah mengumumkan kemunculan cipset terbaharunya iaitu Snapdragon 855 Plus yang merupakan versi peningkatan untuk cipset Snapdragon 855 sedia ada. Walaupun masih mengekalkan rekaan 7nm yang sama seperti sebelum ini, Snapdragon 855 Plus menjanjikan prestasi GPU dan juga CPU yang lebih berkuasa.

kredit: anandtech

Dibangunkan khusus untuk peranti gaming, Snapdragon 855 Plus masih mengekalkan konfigurasi lapan teras yang sama seperti Snapdragon 855, tetapi frekuensi teras utamanya iaitu Kryo 485 Gold Cortex-A76 telah dinaikkan kepada 2.96GHz berbanding 2.84GHz. Sokongan teras CPU yang dipertingkatkan ini secara tidak langsung menjanjikan prestasi single-thread 4.2% lebih baik.

Mungkinkah Realme akan hadir dengan peranti yang dikuasakan dengan sokongan Snapdragon 855 Plus?!

Tidak cukup dengan itu, keupayaan prestasi GPU Adreno 640 pada cipset ini juga telah ditingkatkan kepada 672MHz berbanding hanya 585MHz pada Snapdragon 855. Apa yang menariknya, ROG secara rasminya telahpun mengumumkan bahawa ROG Phone 2 yang akan dilancarkan pada 23 Julai nanti akan menggunakan cipset ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend