Qualcomm Snapdragon 855 Mencatatkan Skor Geekbench Setanding Pemproses Apple A11 Bionic Comments Off on Qualcomm Snapdragon 855 Mencatatkan Skor Geekbench Setanding Pemproses Apple A11 Bionic

Apabila sebut sahaja tentang keupayaan skor aplikasi penanda aras Geekbench, peranti Android dilihat tidak setanding dengan peranti iOS yang dikeluarkan oleh Apple.

Perbandingan prestasi iPhone X dengan pemproses Apple A11 Bionic (kiri) dan Xiaomi Black Shark dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 (kanan).

Sebagai contoh, peranti Android yang boleh dianggap antara yang berkuasa iaitu Xiaomi Black Shark yang dikuasakan oleh Snapdragon 845 hanya mampu mencatatkan skor bawah 2500 untuk ujian single-core, dan skor sekitar 8400 untuk ujian multi-score. Ini dilihat agak rendah jika dibandingkan dengan pemproses Apple A11 Bionic yang mencatatkan skor yang jauh lebih tinggi.

Keupayaan prestasi pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 855 kini setanding Apple A11 Bionic.

Walau bagaimanapun, kemunculan Qualcomm Snapdragon 855 dilihat telah berjaya mengurangkan jurang tersebut apabila keputusan ujian penanda aras Geekbench peranti misteri yang dikuasakan dengan pemproses terbaru itu telah berjaya didedahkan baru-baru ini. Sungguhpun ujian single-core masih agak rendah iaitu sekitar 3600 poin, keputusan ujian multi-core Snapdragon 855 kini setanding dengan Apple A11 Bionic dengan keputusan melebihi 10000 poin.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend