Qualcomm Snapdragon 8150 Dipercayai Menyokong Konfigurasi Lapan Teras Sama Seperti Kirin 980 Comments Off on Qualcomm Snapdragon 8150 Dipercayai Menyokong Konfigurasi Lapan Teras Sama Seperti Kirin 980

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kirin 980 yang menggunakan proses 7nm boleh dianggap sebagai pemproses paling berkuasa untuk peranti Android buat masa ini. Dengan mencatatkan skor AnTuTu melebihi 300,000 mata, ia berjaya mengatasi pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang berasaskan proses 10nm.

Melalui perkongsian Roland Quandt di Twitter, Qualcomm Snapdragon 8150 yang sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 855 telah dikhabarkan akan menyokong konfigurasi lapan teras sama seperti Kirin 980. Menurutnya, Qualcomm akan menggunakan tiga bahagian teras berbeza iaitu dua teras prestasi tinggi (Gold+), dua teras standard (Gold) dan empat teras dengan prestasi sederhana (Silver).

Kirin 980 sebelum ini telah menjadi pemproses komersial pertama di dunia hadir dengan sokongan CPU Cortex-A76 dan juga GPU Mali-G76MP10. Sebagai rujukan, Kirin 980 menyokong konfigurasi lapan teras dengan tiga bahagian teras berlainan fungsi iaitu 2x Cortex-A76 (2.60 GHz) + 2x Cortex-A76 (1.92 GHz) + 4x Cortex-A55 (1.80 GHz).

Kirin 980 sebelum ini diperkenalkan dengan konfigurasi lapan teras yang diasingkan pada tiga bahagian utama, sekaligus menjanjikan prestasi CPU 75% lebih baik berbanding Kirin 970.

Penggunaan nama Snapdragon 8150 ini telah disahkan melalui kemunculannya pada sistem fail Android 9.0 Pie dan juga fail pensijilan Bluetooth baru-baru ini. Roland Quandt juga turut mendedahkan bahawa Snapdragon 8150 ini akan diumumkan secara rasmi menjelang Disember nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend