Qualcomm Snapdragon 720 Dikhabarkan Akan Hadir Dengan Cip NPU Untuk Fungsi AI Mirip Seperti Kirin 970 Comments Off on Qualcomm Snapdragon 720 Dikhabarkan Akan Hadir Dengan Cip NPU Untuk Fungsi AI Mirip Seperti Kirin 970

Qualcomm baru sahaja melancarkan cipset 10nm untuk peranti kelas pertengahannya dengan kehadiran Snapdragon 710 pada penghujung Mei yang lalu. Hari ini ada khabar angin yang telah melaporkan bahawa Qualcomm bakal hadir dengan cipset terbaru dari siri Snapdragon 700 dengan pemproses Snapdragon 720.

Walaupun masih belum ada spesifikasi lengkap, Snapdragon 720 (SDM720) dikatakan versi peningkatan untuk Snapdragon 710  dan ia didakwa akan dilengkapi dengan cip NPU (Neural Processing Unit) mirip seperti cipset Kirin 970 yang dibangunkan oleh Huawei.

Sebelum ini telah tertiris berita tentang cipset Snapdragon 710 dan Snapdragon 730, yang mana Snapdragon 710 kini sudahpun dilancarkan secara rasmi.

Jika benar dakwaan ini, ia merupakan pemproses pertama dari Qualcomm yang menyokong cip dedikasi AI kerana sebelum ini Qualcomm bergantung terhadap AIE (Artificial Intelligent Engine). Benar atau tidak khabar angin ini, terpaksalah kita tunggu pendedahan rasminya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend