Qualcomm Snapdragon 712 Dilancarkan – Menawarkan Prestasi 10% Lebih Baik Berbanding SD710 0 414

Qualcomm hari ini hadir dengan cip pemproses terbaharu yang dinamakan Snapdragon 712. Cip ini dikeluarkan khusus untuk telefon pintar kelas pertengahan yang mana membawakan tingkat taraf yang lebih baik serta berprestasi.

Snapdragon 712 menawarkan prestasi 10% lebih baik berbanding Snapdragon 710. Cipset ini dibina berasaskan cip 10nm yang mampu menawarkan kelajuan sehingga 2.3GHz. Prestasi grafik kini telah ditingkatkan kepada 35% berbanding Snapdragon 710 menerusi cip grafik Adreno 616 terbaharu.

Cip pemproses ini menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4+ dan modem LTE Cat.15 untuk muat turun internet yang lebih laju. Pada pemproses imej pula, ia menyokong rakaman video 4K Ultra HD malah dengan teknologi audio terbaharu ia dapat menawarkan kualiti audio pada speaker yang lebih berkualiti.

Snapdragon 712 sudah semestinya menyokong kecerdasan buatan (AI) dan apabila ia dimuatkan pada peranti kelak, ia mampu memberikan pengalaman permainan yang lebih imersif.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend