Qualcomm Snapdragon 710 Berasaskan Proses 10nm Dilancarkan Untuk Peranti Kelas Pertengahan Comments Off on Qualcomm Snapdragon 710 Berasaskan Proses 10nm Dilancarkan Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Baru semalam kami berkongsi artikel mengenai pelancaran pemproses kelas pertengahan MediaTek dengan kemunculan Helio P22 yang berasaskan proses 12nm. Hari ini nampaknya Qualcomm pula melancarkan pemproses kelas pertengahannya iaitu Snapdragon 710 yang menawarkan keupayaan AI (Kecerdasan Buatan) yang lebih baik.

Qualcomm Snapdragon 710 yang dibangunkan dengan menggunakan proses 10nm ini juga dikatakan mampu menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 20% lebih berkuasa berbanding Snapdragon 660. Ia juga turut memastikan penggunaan tenaga yang lebih rendah, terutamanya ketika menonton video atau bermain permainan mudah alih.

Penggunaan modem X15 LTE pada Snapdragon 710 ini juga berupaya berupaya memperbaiki kekuatan isyarat dengan kepantasan muat turun mencecah sehingga 800Mbps. Lebih istimewanya, ia merupakan pemproses kelas pertengahan yang pertama mampu menyokong video 4K HDR. Qualcomm Snapdragon 710 dikatakan akan diperkenalkan pada telefon pintar pada suku kedua tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend