Qualcomm Snapdragon 680 Membuat Kemunculan Pertamanya Melalui Skor Ujian Geekbench Comments Off on Qualcomm Snapdragon 680 Membuat Kemunculan Pertamanya Melalui Skor Ujian Geekbench

Pada penghujung Mei yang lalu, Qualcomm telah melancarkan pemproses kelas pertengahan terbarunya dengan kehadiran Snapdragon 710. Hari ini satu lagi pemproses kelas pertengahan keluaran Qualcomm telah membuat kemunculan mengejutnya melalui keputusan skor ujian Geekbench.

Melalui pendedahan itu, Qualcomm dilihat hadir dengan pemproses misteri dari siri Snapdragon 600 iaitu Snapdragon 680 yang akan dislotkan antara Snapdragon 710 dan Snapdragon 660. Berdasarkan keputusan ujian dari pangkalan data Geekbench itu, Snapdragon 680 menyokong enam teras dengan kelajuan sehingga 2.15 GHz, iaitu siri Snapdragon 600 kedua menyokong enam teras selepas Snapdragon 650.

Keputusan ujian Snapdragon 680 pada Geekbench itu mencatatkan skor yang tidak mengecewakan iaitu 1940 untuk single-core dan 5153 untuk multi-core. Keputusan single-core pada pemproses terbaru ini hampir setanding dengan keputusan yang diperolehi oleh Snapdragon 835 yang dikuasakan pada peranti flagship tahun 2017.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend