Qualcomm Snapdragon 675 Mencatatkan Skor AnTuTu Mengatasi Snapdragon 710 0 469

Qualcomm sebelum ini telahpun memperkenalkan cipset kelas pertengahan terbarunya iaitu Snapdragon 675 pada Oktober 2018 yang lalu. Bahkan Cipset berasaskan 11nm dengan teras Cortex-A76 ini telahpun diperkenalkan buat pertama kalinya pada telefon pintar yang baru sahaja diumumkan dalam acara CES 2019 iaitu Hisense U30.

Qualcomm Snapdragon 675 yang sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 6150 turut mencatatkan skor Geekbench yang sangat baik apabila dicuba pada model Hisense U30.

Mungkin dari segi nombor yang digunakan, sudah tentunya ramai menjangkakan bahawa prestasi Snapdragon 675 tidaklah sehebat Snapdragon 710. Ternyata jangkaan awal itu tidak benar kerana melalui skor yang dicatatkan oleh Snapdragon 675 di ujian penanda aras AnTuTu, ia berjaya mengatasi skor yang dicatatkan oleh Snapdragon 710.

Prestasi ujian penanda aras Snapdragon 675 dengan beberapa cipset kelas pertengahan yang lain, termasuklah Snapdragon 710.

Snapdragon 675 telah mencatatkan skor 174,402 poin, manakala cipset Snapdragon 710 yang dibangunkan berasaskan proses fabrikasi 10nm itu pula hanya berjaya mencatatkan sekitar 170,000 poin sahaja. Lebih mengejutkan, ia jauh meninggalkan cipset Snapdragon 670 yang sekadar mencatatkan sekitar 150,000 poin.

Baca juga:

Hisense U30 Dengan Skrin Berlubang, Snapdragon 675, Kamera 48MP Diperlihatkan Di CES 2019

Qualcomm Umum Snapdragon 675 Berasaskan 11nm Dengan Teras Cortex-A76 Untuk Kelancaran Permainan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend