Qualcomm Menyambung Semula Jualan Produk HUAWEI Yang Telah Dikecualikan Daripada Sekatan Comments Off on Qualcomm Menyambung Semula Jualan Produk HUAWEI Yang Telah Dikecualikan Daripada Sekatan 278

Melalui sesi temu bual antara Steve Mollenkopf selaku Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm dengan portal dari China, beliau telah mengumumkan bahawa Qualcomm dilaporkan telah  meneruskan jualan dan juga pengedaran produk keluaran HUAWEI yang dikecualikan daripada sekatan perdagangan AS.

CEO Qualcomm juga telah berkongsi bahawa kebanyakan syarikat dari AS sedang berusaha untuk mendapatkan penyelesaian jangka masa panjang, tetapi ia memerlukan kelulusan dan juga persetujuan daripada kerajaan AS. Menurut beliau, HUAWEI kini mempunyai akses terhadap lebih 130,000 paten yang dimiliki oleh Qualcomm melalui perjanjian lesen antara kedua-dua syarikat. Namun kerajaan AS dilihat tidak menyenaraikan produk HUAWEI yang terkecuali daripada sekatan dan ianya agak mengelirukan.

Sebagai contoh, HUAWEI dibenarkan untuk menggunakan sistem operasi mudah alih Android pada peranti keluarannya, tetapi dalam masa yang sama ia dihalang daripada mengakses perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengelirukan syarikat dari AS tentang sekatan perdagangan yang dikenakan.

Berikutan jenama HUAWEI yang sebelum ini telah diletakkan di bawah ‘Senarai Entiti’ kerajaan AS, syarikat yang berpangkalan di AS hanya dibenarkan untuk meneruskan aktiviti perdagangan dengan HUAWEI melalui permohonan lesen khas. Perkara ini dilihat bukan sahaja merugikan HUAWEI, tetapi dalam masa yang sama turut memberi kesan besar terhadap firma besar dari AS itu sendiri.

melalui, sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend