Qualcomm Dipercayai Akan Lancar Cipset Snapdragon 865 Menggunakan Pemproses 7nm Generasi Kedua Comments Off on Qualcomm Dipercayai Akan Lancar Cipset Snapdragon 865 Menggunakan Pemproses 7nm Generasi Kedua 169

Awal tahun 2019 yang lalu, Qualcomm telahpun melancarkan cipset mercunya dengan penawaran Snapdragon 855 berasaskan pemproses 7nm. Agak mengejutkan kerana selepas beberapa bulan, Qualcomm telah membuat kejutan dengan memperkenalkan versi naik taraf cipset itu dengan pelancaran Snapdragon 855+ (Snapdragon 855 Plus) yang menjanjikan prestasi lebih berkuasa.

Berdasarkan pendedahan yang dikongsikan di laman Weibo, Qualcomm dikatakan mungkin akan melancarkan cipset Snapdragon 865 lebih awal berbanding sebelum ini. Jika perkongsian yang dibuat ini adalah benar, cipset Snapdragon 865 dipercayai akan dilancarkan seawal November 2019 nanti.

Selain cipset Snapdragon 865 yang akan dibangunkan menggunakan pemproses 7nm generasi kedua, Qualcomm juga didakwa akan turut memperkenalkan telefon pintar 5G berprestasi tinggi menggunakan cipset Snapdragon 865 + Snapdragon SDX55. Benar atau tidak khabar angin ini, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh Qualcomm nanti.

melalui, sumber

Baca juga:

Mungkinkah Ini Skor Ujian Penanda Aras Geekbench Yang Diperolehi Oleh Qualcomm Snapdragon 865?!

HUAWEI Dilaporkan Akan Perkenal Cipset Kirin 1000 Menggunakan Proses 5nm Untuk Siri Mate 40

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend