Qualcomm Berkongsi Video 8K Yang Dirakam Menggunakan Telefon Snapdragon 865 Comments Off on Qualcomm Berkongsi Video 8K Yang Dirakam Menggunakan Telefon Snapdragon 865

Tahun ini telefon-telefon mercu Android bakal dikuasakan cip pemproses Snapdragon 865. Antara kelebihan yang dimiliki cip ini adalah keupayaannya merakam video beresolusi 8K, menjadikan ia cipset keluaran Qualcomm pertama mampu menandingi cip keluaran Apple.

Bagi membuktikan ia mampu merakam video berdefinisi tinggi, Qualcomm baru-baru ini telah memuat naik satu video di YouTube yang memperlihatkan rakaman 8K daripada sebuah telefon pintar Snapdragon 865.

Unit ISP yang terdapat pada Snapdragon 865 adalah daripada jenis Spectra 480 yang mampu memproses 2 gigapiksel setiap saat. Selain itu, ia berupaya menangkap imej pegun setinggi 200MP, merakam video 4K HDR, dan banyak lagi.

Telefon yang digunakan untuk merakam video ini dipercayai model prototaip yang mana memakai sensor jenis Sony IMX586 48MP dengan dibantu perkakasan pra-pengeluaran menyebabkan hasilnya kurang baik memandangkan YouTube mungkin memampatkan video yang dimuat naik.

Secara kasar, kita mungkin tidak dapat menikmati resolusi 8K di telefon pintar kerana rata-rata pengguna di masa ini memiliki skrin 1080p sahaja. Namun kualiti gambar boleh dilihat dengan lebih terperinci apabila anda cuba mengezum masuk gambar.

Qualcomm Snapdragon 865 akan mula digunakan pada Samsung Galaxy S20 yang dikhabarkan hadir dengan sensor 108MP yang mampu merakam video 8K.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend