PUMA Smartwatch Dengan Wear OS Akan Dijual Bermula November 2019 Pada Harga Sekitar RM1,145 Comments Off on PUMA Smartwatch Dengan Wear OS Akan Dijual Bermula November 2019 Pada Harga Sekitar RM1,145 107

Baru-baru ini PUMA dan Fossil Group telah bekerjasama untuk memperkenalkan jam tangan pintar pertama daripada pengeluar barangan sukan terkenal itu dengan penawaran PUMA Smartwatch. Dengan menggabungkan antara gaya hidup aktif dan juga teknologi, jam tangan pintar ini telah direka untuk tampil lebih menarik dengan kerangka aluminium yang sangat ringan.

PUMA Smartwatch yang dioperasikan oleh Wear OS daripada Google ini turut dikuasakan dengan cipset khusus untuk jam tangan pintar iaitu Qualcomm Snapdragon Wear 3100 yang dilancarkan pada suku ketiga tahun lepas. Bagi memantau aktiviti kecergasan, PUMA Smartwatch telah dilengkapi dengan aplikasi Google Fit yang mampu menjejaki pelbagai aktiviti seperti pilates, mendayung dan sebagainya.

Hadir dengan rekaan tali lembut yang diperbuat daripada silikon bertekstur, ia menjanjikan keselesaan optimum dan juga mengurangkan peluh di pergelangan tangan apabila anda aktif beraktiviti. Paparan skrin AMOLED berukuran 1.19 inci (328 ppi) pada PUMA Smartwatch ini bukan sahaja boleh memaparkan masa, tarikh, kadar degupan jantung, dan aktivit kecergasan, ia juga boleh memaparkan gambar yang dimuat naik di media sosial.

PUMA Smartwatch tersedia dalam tiga warna menarik iaitu hitam, putih atau kuning, dan ia akan dijual bermula November pada harga USD275 (~RM1,145).

Spesifikasi PUMA Smartwatch:

  • Wear OS
  • Qualcomm Snapdragon Wear 3100
  • 512MB + 4GB
  • 1.19 inci AMOLED (328ppi)
  • Kerangka jam 44mm
  • Tebal 11mm dan berat 28g
  • Kalis air 3ATM (30 meter)
  • GPS terbina-dalam
  • Sokong Google Pay dan Google Assistant

Baca juga:

Qualcomm Snapdragon Wear 3100 Dilancarkan Dengan Menjanjikan Ketahanan Bateri Yang Lebih Baik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend