PUBG Mobile Merupakan Permainan Mudah Alih Global Dengan Pendapatan Tertinggi Untuk September 2019 Comments Off on PUBG Mobile Merupakan Permainan Mudah Alih Global Dengan Pendapatan Tertinggi Untuk September 2019 253

Tencent sememangnya bijak mengambil peluang yang ada apabila telah memperkenalkan versi mudah alih untuk permainan PUBG yang sememangnya sangat popular di PC. Berikutan sambutan yang sangat tinggi di kalangan pemilik peranti Android dan iOS di seluruh dunia, PUBG Mobile telah berjaya dinobatkan sebagai permainan mudah alih yang mencatatkan pendapatan tertinggi untuk September 2019.

Pendapatan permainan mudah alih global untuk September 2019.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh SensorTower, PUBG Mobile telah berjaya merampas kedudukan teratas dengan mengatasi permainan ‘Fate/Grand Order’ yang sebelum ini berada di kedudukan pertama pada bulan lepas. Permainan yang dibangunkan oleh Tencent ini dilihat telah mencatatkan pembelian dalam aplikasi tertinggi di Apple App Store, manakala di Google Play Store ia berada di kedudukan ke-8.

Pendapatan permainan mudah alih global untuk Ogos 2019.

Agak mengejutkan kerana permainan Pokemon GO yang dibangunkan oleh Niantic telah berada di tempat kedua sebagai permainan mudah alih dengan pendapatan global tertinggi. Malah ia juga merupakan permainan mudah alih yang mencatatkan pembelian dalam aplikasi tertinggi di Google Play Store.

Baca juga:

Call of Duty: Mobile Kini Telah Dimuat Turun Lebih 100 Juta Kali Pada Minggu Pertama Pelancarannya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend