Prototaip Awal HUAWEI P40 Mendedahkan Rekaan Panel Belakang Dengan Lensa Periskop Comments Off on Prototaip Awal HUAWEI P40 Mendedahkan Rekaan Panel Belakang Dengan Lensa Periskop

HUAWEI sebelum ini telahpun mengesahkan tarikh pelancaran siri HUAWEI P40 yang dijadualkan akan berlangsung pada 26 Mac. Menariknya portal DigitalTrends telah berjaya mendedahkan prototaip awal yang dipercayai merupakan model HUAWEI P40.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, panel belakang peranti ini hadir dengan nama kod ‘Polarie’ dan juga ‘Blink’ yang merujuk kepada jenama HUAWEI serta Leica.

Dari segi rekaan kuad kamera peranti prototaip ini, HUAWEI P40 jelas tersedia dengan lensa jenis periskop dan juga lensa ToF 3D Depth sensor yang terletak bersebelahan dengan sensor dan juga LED Flash.

Dengan ukuran peranti yang dikatakan sama seperti model HUAWEI P30 Pro, unit prototaip HUAWEI P40 ini turut disediakan dengan port USB Type-C serta lubang speaker pada bahagian bawah kerangkanya. Namun begitu, tiada bicu audio 3.5mm kelihatan pada peranti ini.

Manakala bahagian atas kerangkanya pula dipercayai hadir dengan sokongan port inframerah yang kelihatan di sebelah lubang mikrofon. Sungguhpun begitu, panel skrin prototaip HUAWEI P40 ini tidak pula dikongsikan buat masa ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend