
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2018 ini akan lebih bermakna jika anda berpeluang memenangi telefon pintar melalui promosi ‘Raya Bestsama’ yang telah dianjurkan oleh U Mobile. Promosi yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2018 ini menjanjikan hadiah utama iaitu Huawei P20 Pro, hadiah kedua dan hadiah ketiga pula menawarkan model Huawei P20, manakala hadiah saguhati pula merupakan 30 unit honor 4X untuk dimenangi.

Untuk menyertai promosi ini, anda hanya perlu menambah nilai minimum sebanyak RM30 melalui mana-mana perbankan online dan tiada sebarang borang perlu diisi. Semakin kerap anda membuat tambah nilai prabayar U Mobile, bermakna peluang untuk anda memenangi salah satu daripada hadiah yang ditawarkan adalah lebih tinggi.